Catatan Popular

Jumaat, 14 Februari 2014

HARI INI DALAM SEJARAH

MEMPERINGATI LEFTENAN ADNAN
Tarikh 14 Februari menyaksikan satu tragedi, satu pengorbanan dan satu perjuangan seorang anak Melayu, yang tidak pernah merasa gentar berdepan dengan maut demi mempertahankan tanah melayu dari penaklukan tentera Jepun.
Leftenan Adnan bin Saidi merupakan anak Melayu yang berjuang bermati-matian untuk melawan tentera Jepun semasa Perang Dunia ke-2 dan beliau gugur di medan perang pada tarikh 14 Februari ini.
Keberanian Leftenan Adnan mempertahankan Malaya turut diakui oleh Jeneral Yamashita Tomoyuki yang juga dikenali sebagai Harimau Malaya. Jeneral Yamashita berkata "Sekiranya ada 10 lagi tentera seperti dia, Jepun mungkin memerlukan 10 lagi divisyen untuk menakluk Malaya".
Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada roh beliau dan berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan