Catatan Popular

Rabu, 18 Mei 2011

TANDA HATI KOTOR

oleh Abdullah Putra Hinduan pada 19 Mei 2011 jam 11:14
ADALAH

1. Dengki

Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara. Contohnya bila seseorang itu mendapat kejayaan, maka tak kurang orang yang sakit hati dengan kejayaan orang lain. Atau dengan kata lain merasa tak selesa dengan kemajuan yang dicapai orang lain. Kalau boleh nak cabut kejayaan itu darinya dan dialah yang layak menerima kejayaan itu atau penghargaan iu. Bila merasa dengki dengan kejayaan orang lain tampak kepuraan bila bertutur. Suara lunak dibuat-buat tapi hati dendam kesumat, bibir senyum tetapi hati meluat. Itu namanya dengkilah tu......


2. Tamak

Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram. Contohnya kalau seseorang itu dah dapat satu projek, hendakkan juga projek lain lagi, Dia merasa tak cukup dengan projek itu dan berusaha dengan cara yang kotor asalkan usahanya tercapai.



3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.

Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja. Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.Kita perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.

Muhasabah diri Kita. Andai sikap sebegini ada pada kita, ubah segera hari ini juga!.Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan