Catatan Popular

Rabu, 18 Mei 2011

Habib Salim bin Abdullah Asy-Syathiri


Habib Salim bin Abdullah Asy-Syathiri

Di gelar As-Sulthanul Ilm walau masih dalam kandungan ibunya, Al-Habib Salim, 69 tahun, adalah salah satu putera pendiri Rubath Tarim, iaitu ayahnya Al-Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri. Ibunya Habib Salim ialah Syarifah Ruqayah binti Muhammad bin Hasan Maula Aidid, puteri seorang ulama terkenal di Hadhramaut. Kedua-dua orangtua Habib Salim sendiri terkenal solih dan solihah.

Lahir pada tahun 1359 H (1938 M), Pemimpin Rubath Tarim ini ialah rujukan ulama mengenai berbagai masalah agama. Rubath Tarim telah berjaya mengeluarkan 130,000 ulama’ dan santri/penuntut dari pelbagai penjuru agama.

Beliau telah hafal Al-Quran sejak berumur 11 tahun. Diceritakan bahawa pada waktu beliau lagi tersisa hafalan sebanyak 7 hingga 8 juzu’ terakhir Al-Quran, Habib Salim bermimpi di beri segelas susu oleh Sayyidina Ali bin Abi Talib ra. Ketika bangun tidur, ternyata sisanya juzu’-juzu’ Al-Quran itu terlah terhafal olehnya!

Guru-guru Habib Salim termasuk abang-abang beliau iaitu Habib Muhammad Al-Mahdi, Habib Abu Bakar dan Habib Hasan bin Abdullah Asy-Syatiri. Beliau tidak sempat menuntut dari ayahnya Habib Abdullah sendiri kerana Habib Abdullah wafat waktu Habib Salim berumur 3 tahun.

Selain itu, guru-guru beliau juga termasuk Habib Alwi bin Syihabudin, Habib Ja’far bin Ahmad Al-Idrus. Di Mekkah, beliau berguru dengan Habib Alwi bin Abbas Al-Maliki, seorang muhaddith, Syaikh Hasan bin Muhammad Masyath, Syaikh Abdullah Said Al-Hajj, Sayyid hasan bin Muhammad Fadaq, Syaikh Hasan bin Said dan sekitar 80 ulama lain.

Habib Salim juga pernah tinggal di Aden selama 15 tahun di kompleks Masjid Abu Bakar Al-Idrus Al-Adni bertugas sebagai khatib dan guru. Juga pada 1403, atas permintaan Habib Zain bin Smith dan gurunya Habib Muhammad Al-Haddar, Habib Salim telah mengasuh Rubath Al-Jufri di Madinah. Pada tempoh ini, beliau mengadakan rihlah ke berbagai negara seperti Abu Dhabi, Dubai, UAE serta Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Beliau telah menjalani pembedahan by-pass jantung di Jordan bulan lalu.

Lawatan ke rantau ini dimulai ke Indonesia pada 14 Jun yang lalu, di ikuti lawatan ke Singapura ke Masjid Abdul Aleem Siddique dan Maqam Habib Noh pada akhir Julai sebelum di lanjutkan ke Malaysia. Rombongannya di jadwalkan pulang ke Tarim 13 Ogos.

Naf’anAllah bihi fid darrain Amin.

(Rumusan dari Majalah Al-Kisah edisi 15 Julai 2007)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan